Thursday, July 5, 2018

Resepi Sotong Telor Masin

Resepi Air Asam




Boleh cicah ngan ayam goreng


Bahan-bahannye

1) cili merah 
2) belacan blend
3) potong tomato
4) bawang besar di hiris halus
5) perahan air limau kasturi dan potong kulitnye kecik kecik
6) garam 
7) gula

masukkan semua kacau sekata kan rasa dan sedia untuk di makan

Tuesday, December 19, 2017

Masak Masa anak Pantang Berkhatan

Salam blog.

lama tak masukkan apa2 resepi kat sini

kali ni kita masukkan resepi lauk masak masa anak berkhatan 

pengalaman pertama jaga anak berkhatan, alhamdulilah dipermudahkan

ok kita mula dengan lauk pertama


LAUK SUP IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN

IKAN MERAH
CARROT
KENTANG
HALIA
BAWANG PUTEH
BAWANG MERAH
GULA GARAM
AIR
PERKAKAS KASAR

CARA-CARA MASAKNYE

SENANGJE , MASUKKAN AIR KEDALAM PERIUK MASAK SEHINGGA MENGGELEGAK DAN MASUKKAN BAWANG,HALIA DAN PERKAKAS KASAR DAN TUNGGU 5 MINIT DAN MASUKKAN IKAN , AGAK-AGAK IKAN DAH NAK MASAK MASUKKAN CARRET DAN KENTANG, GULA DAN GARAM. MASAK LAMA BAGI BAWANG DAN HALIA TU BERSATU. 

SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.

MMG MASAK PANTANG ANAK SAYA TAK LETAK LANSUNG MINYAK.. KATA PANTANGKAN TAPI ANAK MMG AKAN MAKAN BERTAMBAHLAH.. PUAS HATI MASAK ALHAMDULILAH.



LAUK IKAN BAKAR - IKAN SELAR

BAHAN-BAHANNYA

IKAN SELAR 2 EKOR
HALIA
BAWANG PUTEH
GARAM
LADA HITAM
KENTANG 

CARA-CARANYA

LUMUR IKAN YANG DAH DI BASUH TADI DENGAN GARAM, HALIA DAN LADA HITAM. BIARKAN DALAM 20 MIN SEBELUM DIBAKAR .. BAGI DIA SEBATI

BAKAR DENGAN PEMANGGANG AJAIB JE SENANG HEHEHE. LETAK SEKALI KENTANG YG DIPOTONG. KENTANG TU DAH POTONG LETAKLAH GARAM SIKIT NAK BG TERASA MASIN2 JE.. KALAU TAK NAK LETAK PUN TAKPE .

DAH SIAP BAKAR DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN DENGAN NASI PANAS2 .. BIASANYE IKAN BAKAR NI SAYA SEDIAKAN SEKALI DENGAN SUP SAYUR.. KALAU TAK KESIAN ANAK KU MAKAN NASI KERING JE HEHE


RESEPI SUP SAYUR ORG PANTANG BERKHATAN

BAHAN-BAHANNYA

SAYUR SAWI
CARROT
BAWANG MERAH DAN PUTEH
GARAM
GULA
AIR

CARA-CARANYA

MASAK AIR SEHINGGA MENGGELEGAK , MASUKKAN BAWANG2 YANG DAH DI POTONG TADI DAN MASUKKAN CARRET. TUNGGU HINGGA CARRET HAMPIR MASAK DAN MASUKKAN SAYUR DAN GARAM GULA .. TUTUP API.

TAPI SEKARANG BARU PANTANG HARI KE 3.. INGAT NANTI DAH PANTANG HARI KE6 NK TRY LETAK SUUN PLAK .


RESEPI IKAN MERAH - MASAK STIM UNTUK ANAK BERPANTANG


BAHAN-BAHANNYA

IKAN MERAH - 2 KERAT 
HALIA
BAWANG PUTEH
BAWANG MERAH
SERAI
LIMAU 
GARAM
GULA
AIR

CARA-CARANYA

SATUKAN IKAN DAN BAHAN-BAHAN YG DAH DIPOTONG SERAI,BAWANG,HALIA DAN AIR DAN STIM SELAMA AGAK2 DAH NAK MASAKLAH .. PASTU MASUKKAN GULA,GARAM DAN PERAHAN LIMAU.DAN SEDIA UNTUK DIMAKAN DENGAN NASI PANAS-PANAS. 

 
Ni je baru bagi anak untuk 3 hari pantang dia.. nanti ada tambahan masakan pantang baru kita masukkan lagi ye .. letak sini mana tahu leh guna masa depan hehehe

Thursday, October 20, 2011

Agar2 Santan

SALAM BLOG MASAK2 KESAYANGAN AKU HIHI ...
Lama tk masukkan resepi kat sinii ..aku jarang masak tapi sekali sekala aku masak gerenti sodap hihihi ...

okey kali ni kita masak agar2 santan ..senang je rupanya buat agar2 santan nii ...

Macam biasa kita mulakan dengan bahan2 nye ye tuan2 dan puan2 :-


1 paket agar-agar
5 gelas air
daun pandan diblander dan airnya diambil
pewarna hijau apple
setengah biji kelapa parut
2 biji telor



step 1 - masak agar2 bersama air daun pandan yg telah diblander ..
masukkan juga pewarna hijau apple dan tunggu hingga masak




step 2 - setelah masak tapis agar2 kedalam bekas







step 3 -  masukkan semula agar2 yg telah ditapis tadi ke dalam periuk dan kecilkan api ..



step 4 - sediakan kelapa dan telor seperti gambar kat atas tu , letak dalam tapisan


step 5 - gaul telor bersama kelapa dan diperah diatas tapisan diatas agar2 yg kat dalam periuk ... masa nii besarkan api .. faham tak agak2 tak paham korang wat2 pahamlah eh hihi



kacau kacau kejap bagi telor masak pastu boleh angkat dah 


 letak dalam bekas ...


masuk peti makan sejuk2 mmg gerenti sodap ...


Friday, August 19, 2011

Lasagna German marii

hari ni kita belajar masak lasagna plak ... makanan oreng puteh hehee...
senang je buat ni rupanya ,ni hasil tunjuk ajar adik aku yg baru habis study kat obesi .. budak2 dok obesi niii mmg rajin masak eh heheh ...

bahan2  yg diperlukan : -

500 gm daging cincang
separuh hot dog ( dipotong dadu)
1 biji bawang besar
1 labu bawang puteh
1 batang carret (dipotong dadu)
1 paket cendawan butang
1 paket cheese (yg ketul tu dipotong dadu)
Mozzarella cheese ( 2 paket )
2 sudu cili giling (untuk nak pedas) 
beberapa helai daun sup ( untuk wangi)
1 kotak kepingan lasagna
2 botol sos pasta (perasa selasih & bawang puteh)
garam dan gula secukup rasa.


kita sediakan bahan2nya dulu ... 
potong dadu carret,cheese, hot dog..  macam gambar kat atas tu ...

 Mozzarella cheese



 
  


Cara-caranya : - 
 

mula2 kita goreng bawang dengan minyak yg sedikit ...


 lepas bawang dah kemerahan2, masukkan cili giling dan 
masukkan plak daging kisar dengan hot dog yg dah dipotong tadi
kacau dan masak hingga agak2 daging empuk ..


 masukkan plak carret yg dah dipotong dadu, kacau bagi rata ..



masukkan cendawan butang dan kacau sekata ..masukkan jugak dua botol sos pasta
+ sedikit garam dan gula .. kalau pekat sangat masukkan air sikit ...

 last sekali kita masukkan daun sup sebelum tutup api ...

seterusnya step susun atur

susun lasagna dalam bekas adunan untuk dibakar macam gambar kat bawah tu.. letak dua lapis takut bocor



tuangkan bahan2 yg kita masak tadi ke atas lasagna dalam adunan

macam ni


susun dan taburkan cheese yg telah dipotong dadu ... 


taburkan jugak cheese  Mozzarella ... kitorang letak dua jenis cheese je,kalau nak lagi sedap buatlah tiga jenis cheese baru ada variasi rasa dia hihi


okey ulang step susun atur tadi dua tiga lapis ...



pastu sedia untuk dibakar dengan suhu 250 darjah celsius

selama 20 minit ...



yeah siap lasagna versi germany ...

sangat sedap makan panas2 masa berbuka puasa ...



Sunday, April 24, 2011

Sambal Mangga




hari ni nak letak resepi wat sambal mangga plak ..
senang je pun ...

Bahan2 untuk sepinggan:-

2 Biji Mangga Muda
Cili Padi
2 ekor Ikan kembung
Garam secukup rasa hehe

Cara2nya

- rebus ikan kembung dan tumbuk bagi lumat
- kopek mangga dan potong halus2
- Tumbuk cili padi sehingga lumat
- Gaulkan mangga yang telah dipotong tadi bersama cili padi
- pastu masukkan pulak ikan kembung beserta sedikit garam
- gaul kesemuanya sehingga rata
- dan sedia untuk dimakan ...

Wednesday, November 17, 2010

Nasi Tomato

Bahan-Bahannya: -

1) Beras Basmati ( 5 pot beras = 7 pot air / 4 pot beras = 6 pot air) -basuh dan rendam 20 minit
2) 5 ulas Bawang merah
3) 4 ulas Bawang puteh
4) Bunga lawang,Kulit kayu manis, Buah pelaga
5) Minyak Sapi
6) Sos Tomato Puri
7) Garam
8) Gula
9) KISMIS - Digoreng asing
10) GAJUS - Digoreng asing
11) Bawang goreng -untuk ditabur diatas nasi selepas nasi siap dimasak.
12) daun pandan 
13) susu cair 1/4 cawan
14) air ikut berapa pot beras.

Cara-caranya : -

- Panaskan minyak sapi
- Kemudian tumis kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
- Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris.
- Kacau sehingga nampak kekuningan
- Kemudian masukkan air
- masukkan susu cair
-masukkan tomato puri
- Masukkan pula garam dan gula sedikit
-masukkan daun pandan
- Tunggu sehingga BAHAN-bahan tadi menggelegak.
- Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk/rice cooker
- Kemudian masukkan pula beras yg telah dibasuh
- Tunggu sehingga masak
- Kemudian masukkan gajus dan kismis yang telah digoreng tadi
- Last bila nasi sudah masak taburkan dengan bawang goreng ...
- Sedia untuk dimakan ...